Phone Contact sitemap
 
HUBUNGI KAMI
JKR Negeri Kelantan
Jalan Kuala Krai, 15050 Kota Bharu
tel : 09-7455800 Fax : 09-7467577
Laman: www.kelantan.jkr.gov.my
email :
PAUTAN KAKITANGAN
 
 
 
 
 
PTK
 
EMAIL JKR
 
EMAIL NEGERI
 
PAUTAN
 
PORTAL DIRAJA
     
 
KKR
 
NEGERI
 
JKR
 
PERSEKUTUAN
 
CIDB
 
KECEMASAN
 
LLM
 
BENCANA
   
LPT
 
 
 
 
PERMOHONAN LATIHAN INDUSTRI PELAJAR (e-Lip)
 
 
PERHATIAN
Kepada pelajar yang ingin menjalani latihan industri di Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan. Mulai pengambilan sessi kedua tahun 2009 (tarikh mula latihan mulai Jun 2009), semua permohonan hendaklah dibuat melalui aplikasi secara online (e-Lip). Permohonan boleh dibuat sepanjang masa. Anda hendaklah membaca panduan permohonan terlebih dahulu sebelum mengisi borang permohonan.
Bagi tarikh mula latihan dari Januari hingga Mei 2009, permohonan hendaklah dibuat seperti biasa.
 
 
   
 
SYARAT KELAYAKAN
   
1.
Permohonan terbuka kepada pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah, diploma, sijil atau sijil kemahiran di Institusi tajaan kerajaan seperti Institusi Pengajian Tinggi Awam, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Mara, Institut Latihan Perindustrian, Institut Kemahiran Belia Negara dan Akademik Binaan Malaysia. (Sila rujuk senarai Institusi pengajian yang telah disenaraikan).
 
2.
Pelajar yang sedang mengikuti pengajian dalam jurusan yang mempunyai kaitan dengan bidang tugas jabatan seperti kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan mekanikal, binaan bangunan, seni bina, ukur bahan, pengajian berkaitan dengan pentadbiran, kewangan dan komputer sahaja yang layak memohon.
 
3.
Hanya pelajar yang telah disahkan layak untuk menjalani latihan industri oleh Institusi pengajian sahaja layak memohon.
 
SYARAT PERMOHONAN
 
1.
Semua permohonan hendaklah mengunakan aplikasi permohonan Latihan Industri pelajar secara atas talian (e-Lip). Sebarang permohonan yang tidak menggunakan aplikasi tersebut tidak akan dilayan.
 
2.
Semua maklumat yang diberikan semasa permohonan mestilah benar. Jabatan ini berhak mengugurkan mana-mana pelajar yang didapati memberikan maklumat palsu.
 
3.
Salinan 'Surat Kebenaran Menjalani Latihan Industri' dari institusi pengajian dan resume TIDAK PERLU dihantar ke pejabat ini semasa permohonan.
 
4.
Pemohon hendaklah memilih jurusan dan tempat latihan yang tepat sebelum mengemukakan permohonan. Sebarang perubahan selepas daripada itu tidak akan dilayan.
 
5.
Pemohon hendaklah mengisi semua maklumat di dalam borang permohonan. Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses dan dipertimbangkan. (Sila rujuk panduan lengkap permohonan).
   
6.
Permohonan hendaklah didaftar di dalam aplilasi tidak kurang 1 bulan dari tarikh mula latihan.
 
KEPUTUSAN PERMOHONAN
 
1.
Tidak semua calon yang layak berjaya ditawarkan kerana bilangan tempat yang disediakan adalah terhad.
 
2.
Tidak semua calon yang berjaya ditempatkan di pejabat JKR yang dipohon. Pemohon berhak menolak tawaran tersebut sekiranya tidak berminat dengan penempatan yang ditawarkan.
 
3.
Pemohon yang berjaya hendaklah menghantar 'Surat Kebenaran Menjalani Latihan Industri' dari institusi pengajian dan resume ke jabatan ini secara serahan tangan atau melalui pos.
   
4.
Pemohon yang berjaya dikehendakki MENCETAK 'Surat kelulusan permohonan dari jabatan ini yang ditujukan kepada Institusi pengajian pemohon' dan 'Salinan surat tersebut kepada pemohon' serta menyerahkannya kepada pegawai yang berkenaan di Institusi pengajian. Dengan penggunaan aplikasi ini, surat-surat berkenaan tidak akan dihantar oleh jabatan ini seperti amalan sebelumnya.
   
 
 
 
 
LATIHAN INDUSTRI PELAJAR
Daftar Kata Masuk  
Senggara/sahkan Permohonan  
Semak Keputusan  
Cetak Surat Keputusan  
MAKLUMAT BERKAITAN
Senarai Institusi Pengajian  
Panduan Permohonan  
PENDAPAT/PERTANYAAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang pendapat atau pertanyaan mengenai ruangan ini, anda boleh menggunakan 'Borang Maklumbalas' yang disediakan. Terima kaseh.
Sebarang masalah, hubungi:-
 
 
Unit Latihan Industri, Bahagian Pengurusan Korporat
Nama Pegawai :
Narma Binti Md Hussin
Tel.
09-7455824
09-7455913
Fax
09-7482453
Email: