JKR Jajahan Jeli pada mulanya sebahagian daripada JKR Tanah Merah yang di ketuai oleh seorang Jurutera Jajahan dan Penolong Jurutera Jajahan setelah penubuhan Jajahan Kecil Jeli iaitu pecahan dari Jajahan Tanah Merah dan Jajahan Kuala Krai pada 1 Julai 1982 dan kemudiannya telah dinaiktaraf sebagai sebuah Jajahan penuh pada 1 Januari 1986.

Sebelum itu, JKR Tanah Merah adalah sebahagian dari JKR Kelantan Barat yang ditubuhkan pada tahun 1951 dan kemudiannya pada tahun 60 an ia dinamakan sebagai JKR Tanah Merah, Pasir Mas dan Tumpat sejajar dengan pengecilan kawasan operasinya yang meliputi tiga Jajahan sahaja iaitu Tanah Merah, Pasir Mas dan Tumpat. Di awal 70 an, JKR Tanah Merah, Pasir Mas dan Tumpat telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu JKR Tanah Merah dan JKR Pasir Mas/Tumpat.

Berikutan pembangunan yang lebih pesat, JKR Jajahan Jeli telah diasingkan dari JKR Tanah Merah pada tahun 1 Januari 1996 dengan diketuai oleh seorang Jurutera Jajahan bagi mengawasi dan melaksanakan pembangunan di 3 daerah iaitu Batu Melintang, Jeli dan Kuala Balah disamping mengawasi projek-projek di kawasan Jelawang yang terletak di bawah Penyeliaan JKR Jajahan Kuala Krai kerana kesukaran untuk menyeberangi Sungai Dabong.

Pada awal penubuhan, pejabat ini mempunyai 13 kakitangan yang beroperasi di Bangunan Makmal Projek Pembinaan Lebuhraya Timur Barat di Kem Induk JKR Jalan Raya Timur Barat (Base Camp JRTB) di KM4, Jalan Air Bol, Jeli yang pada masa itu masih lagi mengawal selia Jalan Raya Timur Barat (Jeli-Gerik) sehingga 30 Januari 2002 sebelum berpindah ke pejabat sekarang yang siap pembinaannya pada 20 Mei 2000 di Jalan Pekeliling, Pekan Jeli pada 2 Februari 2002.

Pada masa ini, Pejabat ini mempunyai 23 kakitangan dengan diketuai oleh seorang Jurutera Jajahan dengan dibantu oleh Pembantu Jurutera Jajahan yang bertindak sebagai Jurutera bangunan telah berjaya memikul tanggungjawab yang diamanahkan untuk mengawasi projek-projek pembangunan dan infrustruktur di Jajahan Jeli.

 
 
 
JKR Negeri Kelantan
Jalan Kuala Krai, 15050 Kota Bharu
Tel : 09-7455800 Fax : 09-7447877
Laman: http://kelantan.jkr.gov.my
Email : jkrkelantan@kelantan.gov.my

Paparan terbaik adalah dengan menggunakan browser Mozilla Firefox versi 20.0 dan Internet Explorer 8 ke atas serta resolusi monitor 1024x768