Jabatan Kerja Raya Tanah Merah diwujudkan pada tahun 1949. Ia terletak di atas tapak seluas lebih kurang 0,4047 hektar di kampung banggol, jalan Jedok, kira-kira 1.8 kilometer dari pusat Bandar Tanah Merah. Pejabat asal yang dibina pada tahun 1949 telah dinaik taraf kepada bangunan sekarang pada tahun 1976.

Pada awal penubuhan, JKR Tanah Merah diletak dibawah penguasaan JKR Kota Bharu. Tidak lama selepas itu, ia diletak di bawah JKR Kelantan Selatan yang berpusat di Machang. Sekali lagi JKR Tanah Merah di bawah JKR Kelantan Barat yang berpusat di Pasir Mas sehingga ia menjadi sebuah JKR Jajahan penuh termasuk Jajahan Jeli pada tahun 1978 dan ditadbir oleh seorang Jurutera Jajahan dengan dibantu oleh seorang Penolong Jurutera yang diberi tanggungjawab dengan projek-projek di Jajahan Jeli sebelum penubuhan JKR Jajahan Jeli pada tahun 1 Januari 1996.

JKR Tanah Merah mempunyai objektif dan fungsi yang bertanggungjawab kepada JKR Negeri Kelantan. Bagi memastikan produktiviti dan kualiti yang telah ditetapkan dapat dicapai ianya telah dibahagikan kepada 6 bahagian iaitu:-

• Bahagian Pentadbiran

• Bahagian Jalan

• Bahagian Bangunan

• Bahagian Elektrik

• Bahagian Worksyop

• Bahagian Setor

 
 
 
JKR Negeri Kelantan
Jalan Kuala Krai, 15050 Kota Bharu
Tel : 09-7455800 Fax : 09-7447877
Laman: http://kelantan.jkr.gov.my
Email : jkrkelantan@kelantan.gov.my

Paparan terbaik adalah dengan menggunakan browser Mozilla Firefox versi 20.0 dan Internet Explorer 8 ke atas serta resolusi monitor 1024x768