Jabatan Kerja Raya Tumpat telah mula diwujudkan pada tahun 1958 sebagai sebuah pejabat cawangan di bawah pengawasan Jurutera Jabatan Kerja Raya Pasir Mas. Kemudian pada awal tahun 1982 pejabat cawangan ini telah berpindah ke bangunan Majlis Daerah Tumpat yang terletak di Jalan Dato’ Keramat, Tumpat.

Di samping menumpang di bangunan Majlis Daerah Tumpat, pejabat JKR Tumpat juga telah berusaha untuk mendapatkan bangunan sendiri. Dalam usaha ini kerajaan telah bersetuju meluluskan peruntukan untuk

membina bangunan Pejabat JKR Tumpat.

Pada bulan Februari 1982 bangunan JKR Tumpat telah mula dibina di atas tapak seluas 6 ekar dari keluasan keseluruhan 11.239 ekar. Terletak di Kg. Sedar kira-kira 3 km dari bandar Tumpat, 100 meter dari jalan raya yang menghubungi Kota Bharu/Tumpat. Bangunan ini telah siap dibina pada bulan Mei 1983. Dengan siapnya bangunan ini JKR Tumpat telah berpindah ke bangunan sendiri pada tahun 1984.

Pada 1hb Februari 1984 JKR Tumpat telah berpecah daripada JKR Pasir Mas dan tidak lagi sebagai pejabat Cawangan. Pejabat ini telah mempunyai sebuah pejabat penuh dan telah diberi tanggungjawab sepenuhnya untuk mengendalikan projek-projek pembangunan di Jajahan Tumpat di bawah pengawasan Jurutera Jajahan. Pada awal tahun 1996, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan untuk pembinaan pejabat baru dan Kuarters JKR Tumpat di atas tapak selebihnya seluas 5.239 ekar menghadap jalan utama Kota Bharu/Tumpat. Kerja-kerja pembinaan telah dimulakan pada 10hb. Julai. 1997 dan siap sepenuhnya pada 10hb March 1999 dan telah dirasmikan oleh KDYMM Al-Sultan Kelantan pada 20hb April 2000.

 
 
 
JKR Negeri Kelantan
Jalan Kuala Krai, 15050 Kota Bharu
Tel : 09-7455800 Fax : 09-7447877
Laman: http://kelantan.jkr.gov.my
Email : jkrkelantan@kelantan.gov.my

Paparan terbaik adalah dengan menggunakan browser Mozilla Firefox versi 20.0 dan Internet Explorer 8 ke atas serta resolusi monitor 1024x768