Pada tahun 1951, JKR Pasir Mas dikenali sebagai JKR Kelantan Barat yang diketuai oleh En. Tajol. Di awal penubuhannya, pejabat ini mempunyai 20 orang kakitangan termasuk kakitangan bawahan. Ianya beroperasi bagi seluruh kawasan Kelantan Barat Negeri Kelantan termasuk Jajahan Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas dan Tumpat.

Pada awal tahun 60 an, JKR Kelantan Barat di kenali sebagai JKR Tanah Merah, Pasir Mas dan Tumpat sejajar dengan pengecilan kawasan operasinya yang meliputi tiga Jajahan sahaja iaitu Tanah Merah, Pasir Mas dan Tumpat.

Di awal 70 an, JKR Tanah Merah, Pasir Mas dan Tumpat telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu JKR Tanah Merah dan JKR Pasir Mas/Tumpat.

Berikutan perubahan masa, tanggungjawab serta permintaan kemudahan infrastruktur yang kian bertambah, sekali lagi kawasan operasi dipecahkan mengikut Jajahan masing-masing di mana JKR Jajahan Tumpat dan JKR Jajahan Pasir Mas diwujudkan secara berasingan mulai 01 Februari 1984.

JKR Jajahan Pasir Mas telah dipertanggungjawabkan bagi mengawasi dan melaksanakan pembangunan di 10 daerah iaitu Rantau Panjang, Gual Periok, Pasir Mas, Kangkong, Chetok, Alor Pasir, Kubang Gadong, Bunut Susu, Kubang Sepat, Lemal

Sebagai sebuah agensi kerajaan, Jabatan ini telah berkembang dengan pesat dari segi pertambahan kakitangan mahupun bidang tugasnya. Kini JKR Pasir Mas terdiri daripada 110 kakitangan yang diketuai oleh seorang Jurutera Jajahan. Ianya dibantu oleh Pembantu Jurutera Jajahan yang juga bertindak sebagai Jurutera Bangunan. JKR Pasir Mas dipecahkan kepada 3 unit utama iaitu Unit pentadbiran, Unit Jalan dan Unit Bangunan.

 
 
 
JKR Negeri Kelantan
Jalan Kuala Krai, 15050 Kota Bharu
Tel : 09-7455800 Fax : 09-7447877
Laman: http://kelantan.jkr.gov.my
Email : jkrkelantan@kelantan.gov.my

Paparan terbaik adalah dengan menggunakan browser Mozilla Firefox versi 20.0 dan Internet Explorer 8 ke atas serta resolusi monitor 1024x768