PIAGAM PELANGGAN

Kami Komited untuk menyedia dan menyelenggara aset kerajaan bagi memenuhi keperluan pembangunan negara dengan memberikan perkhidmatan profesional yang berkualiti berteraskan kepada:

  • Jangka masa yang ditetapkan
  • Kos yang ekonomik
  • Rekabentuk yang berkualiti dan mapan

Jabatan ini akan sentiasa memastikan aset kerajaan yang dipertanggungjawab kepada kami berfungsi seperti yang ditetapkan.

1. PENGURUSAN PROJEK

Tertakluk kepada syarat-syarat tiada masalah tapak bina, peruntukan yang mencukupi dan skop projek yang di luluskan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), JPM, fasa prapembinaan (perancangan hingga Surat Setuju Terima di keluarkan) adalah dalam tempoh 12 hingga 15 bulan.

Kos Projek
Kos Dan Tempoh Pembinaan
a.Pelan Piawai :
Bangunan,Pangkalan Udara dan
Maritim
RM500 ribu ke bawah

  • 15 bulan
RM500 ribu-RM5 juta

  • 24 bulan
RM5 juta ke atas

  • 36 bulan
 b. Pelan Piawai:
Jalan dan Infrastruktur

RM500 ribu ke bawah

  • 9 bulan

RM500 ribu-RM20 juta

  • 24 bulan

RM20 juta Keatas

  • 36 bulan
c. Projek Kompleks
Jalan, Cerun Bangunan Pangkalan Udara dan Miritim dll.
Disiapkan dalam tempoh dan kos yang dipersetujui bersama pelanggan.

 

2.SELENGGARA ASET

Tertakluk kepada syarat-syarat tiada masalah tapak nina, peruntukan yang mencukupi dan brif projek yang lengkap, tempoh pembinaan yang akan diambil adalah seperti berikut:

2.1 Jalan

  • Tindakan pembaikian lubang-lubang (potholes) akan dilaksanakan dalam tempoh 1 hari dan tindakan pembaikan kekal akan dilaksanakan dalam tempoh 3 hari setelah aduan di terima.
  • Sekiranya berlaku keadaan yang mengganggu lalulintas atau keselamatan awam, seperti pokok tumbang atau tanah runtuh, tindakan akan diambil tidak melebihi dalam tempoh 24 jam setelah dikenalpasti atau aduan diterima.
  • Setiap penutupan berjadual akan diumumkan melalui media massa sekurang-kurangnya 3 hari sebelum kerja-kerja dijalankan.

2.2 Bangunan

  • Aduan kerosakkan kritikal seperti kebocoran paip air, bumbung atau sistem kumbahan akan diambil tindakan dalam tempoh 1 hari.
  • Tindakan pembaikan kerosakan biasa dalam tempoh 1 bulan.

2.3 Mekanikal

Tempoh penyempurnaan bagi kerja-kerja mekanikal berikut adalah:

  • Tindakan awal terhadap aduan kerosakkan alatan perkhidmatan mekanikal – 1 hari
  • Kerja pembaikian besar (major overhaul)/pembaikan badan kenderaan. – 4 bulan
  • Kerja pembaikian kecil kenderaan dan loji berat – 1 bulan
  • Penggantian pendingin (chiller) – 1 tahun
  • Penggantian lif – 1 tahun
  • Menaik taraf pencegah kebakaran kepada sistem perlindungan jenis sprinkler – 10 bulan

2.3 Elektrik

Tempoh penyempurnaan bagi kerja-kerja elektrik berikut adalah:

  • Tindakan awal terhadap aduan kerosakan elektrik dan membuat penyiasatan kerosakan elektrik. – 1 hari
  • Mengambil tindakan pembaikan kerosakan elektrik. – 7 hari

3. KHIDMAT NASIHAT TEKNIKAL

3.1 Kejuruteraan Cerun

Tindakan yang diambil apabila berlakunya:

a) Runtuhan cerun berimpak besar:

  • Lawatan tapak hendaklah di buat dalam tempoh 1 hari dari hari kejadian.
  • Laporan awal disediakan dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh lawatan tapak.

b) Runtuhan cerun berimpak kecil:

    Syor pembaikian akan disediakan dalam tempoh seperti di bawah:

  • Keadaan memerlukan penyiasatan tapak – 1 bulan selepas laporan penyiasatan tapak diperoleh.
  • Keadaan yang tidak memerlukan penyiasatan tapak – 2 minggu dari tarikh lawatan tapak.

c) Ulasan teknikal ke atas Laporan Geoteknikal daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disediakan dalam tempoh satu (1) minggu selepas lawatan dibuat.

3.2 Kejuruteraan Senggara

  • Keputusan kelulusan pelupusan aset kerajaan diberikan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan pengesyoran lengkap di terima.
  • Mengemukakan ulasan terhadap permohonan pembangunan tepi jalan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam tempoh 2 minggu selepas dokumen permohonan lengkap diterima.

3.3 Kejuruteraan Forensik

a)Bagi kerja-kerja forensik struktur,geotenik dan jalan:

  • Laporan awal berdasarkan penyiasatan tapak dan ujian makmal bagi kegagalan berimpak besar di sediakan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh lawatan tapak.
  • Laporan akhir berdasarkan penyiasatan tapak dan ujian makmal disediakan dalam tempoh 2 bulan selepas keputusan ujian dan pemantauan di terima.

b)Bagi kerja-kerja forensik maritim dan lapangan terbang:

  • Laporan awal berdasarkan penyiasatan tapak dan ujian makmal berimpak besar dan berimpak kecil disediakan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh lawatan tapak.
  • Laporan akhir berdasarkan penyiasatan tapak dan ujian makmal disediakan dalam tempoh 2 bulan selepas keputusan ujian dan pemantauan di terima.

4. PENGURUSAN ADUAN

4.1 Pengurusan Aduan di Bawah Tanggungjawab JKR akan dilaksanakan dalam tempoh berikut:-

  • Akuan penerimaan aduan – 1 hingga 3 hari
  • Maklumbalas terhadap aduan – 7 hari
  • Penutupan aduan – 45 hari

4.2 Pengurusan Aduan Bukan di Bawah Tanggungjawab JKR: No Wrong Door Policy akan dilaksanakan dalam tempoh seperti di bawah:

  • Akuan penerimaan aduan – 1 hingga 3 hari
  • Maklumbalas terhadap aduan – 7 hari

5 . PENGURUSAN KEWANGAN

Memastikan bayaran bil dan invois dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh dokumen lengkap di terima.

 

*Untuk memuat turun pamphlet piagam pelanggan, boleh klik DISINI

 
 
 
JKR Negeri Kelantan
Jalan Kuala Krai, 15050 Kota Bharu
Tel : 09-7455800 Fax : 09-7447877
Laman: http://kelantan.jkr.gov.my
Email : jkrkelantan@kelantan.gov.my

Paparan terbaik adalah dengan menggunakan browser Mozilla Firefox versi 20.0 dan Internet Explorer 8 ke atas serta resolusi monitor 1024x768