bismillah

pengarah_razani

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu marilah sama-sama kita mengangkat setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah dan izinnya dapat kita sama-sama melayari laman sesawang Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan. Sesungguhnya portal ini amat penting dalam memperkenalkan fungsi, peranan serta tugas dan tanggungjawab Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan kepada semua pihak.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada seluruh warga kakitangan Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan agar dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugas dan tanggungjawab yang diberikan. Kerjasama erat serta sikap saling bantu membantu amat penting dalam melaksanakan apa jua tugasan ke arah mencapai mutu kerja yang cekap, efisen dan berkualiti. Sikap acuh tak acuh, sambil lewa atau berprestasi rendah perlulah dikikis sama sekali dan sematkan diri dengan semangat jati diri yang lebih utuh dan berpendirian serta berwawasan tinggi.

Sementara itu bagi jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan maupun swasta serta semua pihak yang berurusan dengan jabatan ini, saya memohon kerjasama erat yang sudah sedia terjalin dapat dikekalkan dan dipertingkatkan lagi supaya segala perancangan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Kepada semua pihak yang melayari portal ini, marilah sama-sama kita memanafaatkannya bukan sahaja menghayati peranan dan perkhidmatan yang dapat diberikan oleh jabatan ini malah turut memberi komen dan pandangan membina serta idea bernas bagi membantu jabatan kerja raya negeri kelantan memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang. Sesungguhnya kerjasama erat yang disusuli dengan kejujuran dan keikhlasan akan membuahkan hasil yang baik.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih diatas sumbangan mantan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan iaitu Ym Dato’ Ir. Tuan Hj. Syed Abdul Rahman Bin Syed Abdullah.

Akhir sekali marilah kita sama-sama berdoa agar kita semua diberi kesihatan sihat walafiat dan dapat memberi tumpuan terhadap tugas dan tanggungjawab serta mendapat keredhaan dan rahmat dari Allah S.W.T.

 

Selamat melayari laman web ini.

Sekian, terima kasih.

 

Ir. Tuan Hj. Razani Bin Ab. Lazid

Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan

Tingkat 2, Blok A, Ibu Pejabat JKR Kelantan

Tel: 09-7455900, Fax: 09-7447877

email : Razani@jkr.gov.my

 
 
 
JKR Negeri Kelantan
Jalan Kuala Krai, 15050 Kota Bharu
Tel : 09-7455800 Fax : 09-7447877
Laman: http://kelantan.jkr.gov.my
Email : jkrkelantan@kelantan.gov.my

Paparan terbaik adalah dengan menggunakan browser Mozilla Firefox versi 20.0 dan Internet Explorer 8 ke atas serta resolusi monitor 1024x768