20161222105831 20161222105844JKR Tanah Merah telah mengadakan Kursus Motivasi Jatidiri bagi meningkatkan mutu kerja dan nilai sikap yang murni. “Jati Diri”  di definisikan sebagai, identiti diri, keperibadian diri yang masih utuh dengan nilai-nilai adat, budaya, agama, bangsa dan negara. Ia boleh digunakan mengikut kesesuaian situasi. Sesorang muslim perlu memuhasabah dirinya  tentang perlakuan yang telah dilakukannya.

Maksud muhasabah diri ialah seseorang itu melakukan muhasabah terhadap dirinya sendiri. Muhasabah itu bertujuan mengislah diri dan membetulkan akhlak di dunia ini. Pintu taubat sentiasa terbuka sebelum kematian menjelma. Muhasabah akan diikuti taubat, dan tiada taubat selepas mati.

Muhasabah ini bukan pada material atau perniagaan, untuk mengetahui untung dan rugi. Sebaliknya, ia bertujuan untuk mengetahui untung dan rugi seseorang insan pada usahanya mentaati Allah atau melakukan maksiat. Ia juga bertujuan untuk mengetahui sejauh mana perbuatan dan amalannya bertepatan dengan kehendak syarak. Jika terdapat sebarang penyelewengan atau kecuaian, maka hendaklah dia segera bertaubat, kembali kepada Allah dan membetulkan hala tuju hidupnya.

Muhasabah ini hendaklah dilakukan selepas setiap amal yang dilakukan, agar hatinya tenteram bahawa dia tidak menyeleweng dari ketetapan Allah dan sentiasa mematuhi arahan dan laranganNya.

 
 
 
JKR Negeri Kelantan
Jalan Kuala Krai, 15050 Kota Bharu
Tel : 09-7455800 Fax : 09-7447877
Laman: http://kelantan.jkr.gov.my
Email : jkrkelantan@kelantan.gov.my

Paparan terbaik adalah dengan menggunakan browser Mozilla Firefox versi 20.0 dan Internet Explorer 8 ke atas serta resolusi monitor 1024x768