JKR Tanah Merah telah mengadakan Tazkirah Bulanan yang disampaikan oleh pegawai dari JAHEAIK. Tazkirah pada kali ini adalah berdasarkan kepada “Islam dan Pekerjaan”. Dalam konteks pekerjaan dalam Islam, Bekerja merupakan keharusan mutlak yang harus dilakukan oleh seorang muslim untuk mendapat rezeki yang telah disediakan oleh Allah S.W.T, bahkan kalau perlu, seseorang itu digalakkan merantau ke pelbagai pelusuk dunia untuk meraih rezeki yang halal. Hal ini juga termasuk dalam kontek jihad. Dalam konteks hubungan majikan-pekerja pula Islam melihat bahawa pekerja itu bukanlah sebagai hamba kepada manusia lain untuk menghasilkan sesuatu pengeluaran kerana penghambaan hanya dikhususkan untuk Allah S.W.T. Oleh itu hendaklah ada keadilan antara majikan dan pekerja di mana gaji yang diberi hendaklah setimpal dengan kerja serta tanggungjawab yang dipikul oleh pekerja tersebut bahkan kalau perlu sebelum keringatnya kering kerana Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: Alangkah besar dosanya orang yang menahan-nahan makan (upah dan sebagainya) orang yang menjadi tanggungjawabnya.20170117094117 20170117094129 20170117094139

 
 
 
JKR Negeri Kelantan
Jalan Kuala Krai, 15050 Kota Bharu
Tel : 09-7455800 Fax : 09-7447877
Laman: http://kelantan.jkr.gov.my
Email : jkrkelantan@kelantan.gov.my

Paparan terbaik adalah dengan menggunakan browser Mozilla Firefox versi 20.0 dan Internet Explorer 8 ke atas serta resolusi monitor 1024x768