bismillah

pengarah_razani

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu marilah sama-sama kita mengangkat setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah dan izinnya dapat kita sama-sama melangkah ke tahun baru 2017 bersamaan 1438 Hijrah.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2017 kepada seluruh warga kakitangan Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan. Dengan melangkah ke tahun 2017,  saya berharap seluruh warga kerja Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugas dan tanggungjawab yang diberikan. Saya percaya dengan segala kepakaran, potensi dan kemudahan yang ada, kita dapat meningkatkan lagi pencapaian ke tahap yang lebih tinggi.

Saya menyeru kepada semua warga JKR Kelantan, marilah kita sama-sama membentuk kerjasama erat serta sikap saling bantu membantu dalam melaksanakan apa jua tugasan ke arah mencapai mutu kerja yang cekap, efisen dan berkualiti.

Akhir sekali marilah kita sama-sama berdoa agar kita semua diberi kesihatan sihat walafiat dan dapat memberi tumpuan terhadap tugas dan tanggungjawab serta mendapat keredhaan dan rahmat dari Allah S.W.T.

 

Sekian, terima kasih.

 

Ir. Tuan Hj. Razani Bin Ab. Lazid

Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan

Tingkat 2, Blok A, Ibu Pejabat JKR Kelantan

Tel: 09-7455900, Fax: 09-7447877

email : Razani@jkr.gov.my

 
 
 
JKR Negeri Kelantan
Jalan Kuala Krai, 15050 Kota Bharu
Tel : 09-7455800 Fax : 09-7447877
Laman: http://kelantan.jkr.gov.my
Email : jkrkelantan@kelantan.gov.my

Paparan terbaik adalah dengan menggunakan browser Mozilla Firefox versi 20.0 dan Internet Explorer 8 ke atas serta resolusi monitor 1024x768